DDR....cetus fenomena luar biasa mampu hasilkan kejayaan

JITRA, 18 JOktober – “Promosi dan penjualan filem 2 Alam menerusi jenama acuan dR ROzmey telah membuatkan filem 2 Alam kini mendapat sambutan yang menggalakkan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika menjawab pertanyaa mengenai filem 2 Alam petang semalam.

Akibat daripada kemeriahan dan kehangatan promosi filem 2 Alam telah membuatkan rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk bertandang ke pawagam berhampiran menonton filem sulong hasil karya dR Movie Production.

Menurut DDR, penangguhan sebanyak tiga kali daripada dR Movie Production menimbulkan persoalan dan menguji kesabaran 1 Malaysia mengenai tarikh tetap penayangan filem yang dianggap mengembalikan kegemilangan  era emas filem Melayu yang hilang 40 tahun lau.

“Filem 2 Alam tetap akan ditayangkan  dan dihidangkan terhadap rakyat 1 Malaysia yang akan mewujudkan keinsafan dan pengajaran kepada masyarakat.

Beliau berkata lagi, menyedari keadaan keterujaan penonton untuk menantikan penetapan tarikh sebenar filem itu pihak produksi menggandakan usaha untuk mempersembahkannya terhadap penonton di pawagam seluruh tanahair.

“Jadi berkat usaha doa dan kegigihan pihak produksi mempertahankan filem 2 Alam akhirnya menemui tarikh sebenar penayangan filem tersebut iaitu pada 18 November 2010 nanti.

“Tambahan pula, mendapat kelulusan sepenuhnya dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan persetujuan antara dR Movie Production dengan pemilik panggung mengenai penyediaan 85 panggung diseluruh Malaysia.

“Kini jelaslah membuktikan bahawa 30 juta rakyat Malaysia ternanti-nanti untuk menonton filem bergenre seram hasil fenomena yang dicetuskan oleh dR Movie Production yang menceritakan perihal tentang masyarakat di era globalisasi ini,” kata pemilik label dR Rozmey itu ketika ditemui.