DDR...pengamalan JM5 beserta diet dR Rozmey mendatangkan kesan yang memberangsangkan

JITRA, 18 Oktober – Produk minuman kesihatan Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Jus Mate 5 kini sudahpun popular di Malaysia yang semakin menular di sudut ruangan hati golongan masyarakat yang mengalami masalah obesiti.

Jadi, dengan pengamalan  JM5 bersama “Diet Dr Rozmey” membolehkan pengguna yang mempunyai masalah berlebihan berat badan merasai keajaiban terhadap perubahan yang bakal berlaku keatas diri mereka tanpa meberikan kesan yang memudaratkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din formulasi penggabungan bahan pembakar lemak dan serat membantu pengguna menurunkan berat badan tetapi juga perlu mengamalkan diet yang seimbang setiap hari.

“Pengambilan makanan berkabohidrat dan protein perlu dikurangkan setiap hari dan pengguna hanya perlu menggantikan sayuran dan buah-buahan untuk menggantikan makanan yang berat serta mengurangkan pengambilan air manis,” katanya.

“Ianya akan menjadi bertambah mudah kerana adanya bahan seperti guar gum dan mampu mengaktifkan sel untuk menambahkan tenaga dalam badan. Jadi dengan pengambilan produk kesihatan JM5 ini besertakan Diet Dr Rozmey membolehkan mereka menjalani kehidupan seharian dengan lebih bertenaga,” ujarnya lagi.