DDR.....sedarlah wahai bangsaiku

JITRA, 18 Oktober – “Segeralah bertaubat wahai bangsaku sebelum kamu lebih jauh terpesong,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) terhadap golongan penabur fitnah di ruang bisnes beliau tadi.

Pelbagai kutukan dan cemuhan dilemparkan terhadap pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu yang menjadi santapannya di dalam kehidupan seharian.

Menurut DDR, pelbagai fitnah dan kenyataan yang memburukkan beliau dengan menyalahgunakan laman sosial miliknya sebagai tempat untuk mereka untuk menjalankan kegiatan berunsur negatif.

“Segala perbuatan yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab ini seolah-olah melambangkan personaliti mereka tersendiri,” katanya.

Beliau berkata lagi, kedatangan beliau di dalam dunia perniagaan bukan untuk menyakiti masyarakat malahan memberikan manfaat yang berguna untuk dikongsikan bersama-sama.

“Jadi, pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak perlu mencemburui dengan bisnes yang doktor lancarkan menerusi acuan doktor  sendiri kerana kehadiran doktor membuka peluang untuk mereka berjaya seperti doktor.

“Doktor ingin menasihati mereka supaya segera berhenti daripada melakukan perbuatan terkutuk ini dan ayuhla bersama-sama doktor dalam mengorak langkah untuk memajukan bangsa dan bisnes yang doktor cetuskan.

“Pintu taubat masih lagi terbuka terhadapa glongan yang sentiasa ingin melakukan kebaikan demi mempertingkatkan martabat bangsa Malaysia lebih digeruni oleh negara asing,” katanya dengan harapan agar golongan ini dapat melakukan perubahan demi memajukan diri mereka sendiri.

Advertisements