DDR......fenomena luar biasa kepentingan bersama

JITRA – 17 Oktober – Kemunculan secara ‘tiba-tiba’ Pakar Perbidanan dan Sakit Puan iaitu Datuk Dr.Che Rozmey Che Din dalam industri perfileman negara mengejutkan ramai pihak.

Hasilnya jantung rakyat Malaysia dan warga seni negara terus berdenyut kencang apabila Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), mensasarkan filem pertamanya itu mencapai box office dengan kutipan luar biasa iaitu RM 40 juta.

Menurut DDR, beliau optimis kelesuan rakyat Malaysia untuk ke panggung bakal berubah dengan fenomena baru yang dibawa produksi, Dr Movie Production menerusi filem pertamanya 2 Alam.

“Pencetusan fenomena filem 2 Alam yang membawa pengertian bermakna terhadap bangsa 1 Malaysia dilihat dapat memberikan pengajaran berganda kepada mereka,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, karya 2 Alam dihasilkan sendiri dengan dan diyakini mampu menarik rakyat Malaysia ke pawagam bagi melihat sendiri kelainan yang dibawa filem itu dalam industri filem tanah air.

“Filem itu dihasilkan dengan visi jelas iaitu untuk mengangkat martabat filem negar. 2 Alam boleh dikategorikan sebagai filem ajib tonton untuk rakyat Malaysia.

“Keyakinan itu dilontarkan berlandaskan kebebasan yang diberikan kepada warga produksi untuk berkarya dengan cara beliau.

“Sehubungan itu, hasil usaha pihak produksi terhadap 2 Alam dilihat mampu mengembalikan semula kegemilangan filem Melayu yang sudah lama hilang sinarnya,” katanya lagi ketika ditemui hari ini.