DDR...tidak gentar pesaing

JITRA, 17 Oktober – “Filem 2 Alam hasil air tangan sulong DDR tidak sama sekali tergugat,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) apabila ditanya mengenai filem itu semalam.

Fenomena 2 Alam yang dicetuskan oleh dR. Movie Production terhadap masyarakat menimbulkan pelbagai kontroversi dan ketidak puasan hati dari pelbagai pihak.

Menurut DDR, hasil karya sulong dR Movie Production itu akan tetap ditayangkan menerusi 700 skrin di panggung wayang seluruh Malaysia walaupun segala kritikan yang dilemparkan.

“Ternyata segala kritikan dan cemuhan yang menjadi santapan doktor setiap hari mengenai filem 2 Alam begitu hebat namun ianya tidak sama sekali memberikan kesan negatif untuk pecah panggung RM40 juta.

“Segala ujian dan kritikan yang dilemparkan terhadap fenomena 2 Alam ini dipandang positif oleh doktor dan beranggapan bahawa segala kritikan itu merupakan kemeriahan di dalam indusitri filem dan dunia hiburan negara ini,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, beliau tidak sesekali gentar dengan risiko yang diambil kerana strategi yang beliau lancarkan agak berbeza daripada pihak produksi lain.

“Perkara ini juga mendatangkan kebaikan terhadap produksi filem lain  yang dicetuskan oleh doktor iaitu tentang penemuan atau strategi baru cara promosi dan penjualan filem yang dihasilkan.

“Walaupun pada mulanya masyarakat tidak dapat menerima tentang fenomena yang dicetuskan akan tetapi doktor melihat semua perkara itu bukan menjadi penghalang untuk menghasilkan karya yang akan memberikan iktibar dan pengajaran serta mewujudkan keinsafan di dalam diri masyarakat kini.

“Nasihat doktor jika kita inginkan kejayaan dan lahir di dalam diri untuk membantu masyarakat, kesabaran serta kejujuran adalah menjadi faktor utama dalam usaha untuk mencapai apa yang kita inginkan,” tambah pemilik jenama dR Rozmey itu.