filem 2 Alam terbitan dR Movie Production memberikan pengajaran yang berguna kepada masyarakat

JITRA, 17 Oktober – “Penceritaan mengenai sebuah kehidupan sseorang yang mempunyai keistimewaan berbanding filem lain,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) menjawab persoalan mengenai filem 2 Alam lewat petang semalam.

Sedar tak sedar hanya tinggal sebulan lebih saja lagi filem 2 Alam hasil karya dR Movie Production akan memasuki panggung yang bakal mendorong keinsafan terhadap bangsa 1 Malaysia.

Menurut Penerbit dR Movie Production, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) 2 Alam merupakan filem yang bakal memberikan pengajaran untuk dikongsikan bersama dan mewujudkan keinsafan di dalam diri penonton.

 

“Hal ini kerana 2 Alam yang telah dicetuskan oleh dR Rozmey menceritakan perihal atau perkara yang semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kini iaitu kehidupan yang bergelumang dengan dosa yang terkeluar dari landasan agama,” katanya.

Beliau berkata lagi, mengisarkan kehidupan akibat daripada kejutan budaya ketika merantau ke negara asing menjadi sebahagian hidup berlandaskan hawa nafsu dan kurang didikan agama yang secukupnya.

“Budaya yang tidak dipersetujui oleh agama Islam menjadi rutin kehidupan seharian dan secara jelas terpesong dari agamanya sekaligus menjadikan seseorang itu hamba laknatullah.

“Belumpun sempat bertaubat kehidupan ditamatkan dengan diri yang dipenuhi dosa dan kematian yang menyesatkan maka keperitan, kesengsaraan dan siksaaan mewarnai kehidupan di alam barzakh oleh Tuhan Maha Esa,” ujarnya lagi ketika sesi temubual dipejabat beliau.