Dari kiri....Andrea Abdullah, Rosnah Johari, Suhaillah Salam, DDR, Aaron Aziz dan Kuswadinata

JITRA, 17 Oktober – “Penubuhan produksi dR Movie Production menerusi label dR ROzmey adalah bertujuan mewujudkan sesuatu yang luar biasa untuk kepentingan bersama,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemuramah dipejabat beliau hari ini.

Sudah jelas terbukti bahawa dR Movie Production ditubuh bukan hanya untuk menghiburkan dan memberikan pengajaran yang berguna terhadap rakyat malahan memberi peluang kepada bakat baru untuk terjun kekancah industri perfileman tanahair.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) peluang yang diberikan untuk pelakon baru yang diterbangkan khas dari Singapura iaitu Suhaillah Salam dilihat dapat menjiwai watak yang diberikan.

“Walaupun pada mulanya Suhaillah agak gementar dengan tawaran yang diberikan tetapi dengan keyakinan dan kepercayaan saya terhadapnya ternyata dibalas dengan lakonan yang luar biasa,” katanya.

Beliau berkata lagi, kepercayaan terdetik di hati beliau meyakini kemampuan Suhaillah Salam bertanggungjawab dalam memikul tugasan yang diberikan.

“Dengan sifat kesungguhan dan keyakinan yang telah ditunjukkan oleh Suhaillah terhadap watak yang diberikan dilihat mampu untuk membawa dirinya melangkah lebih jauh didalam industri filem dan perlu diberi tunjuk ajar supaya menampilkan segala bakat yang ada di dalam dirinya.

“Jadi, setelah sesi pengambaran ditamatkan Suhaillah mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pihak produksi kerana memberi kepercayaan dan peluang untuk dirinya berganding bahu demi memartabatkan filem Malaysia diperingkat antarabangsa,” kata penerbit dR Movie Poduction itu lagi.

Advertisements