DDR......pasrah dengan ketentuan Illahi

JITRA, 15 Oktober – “Doktor sentiasa merindui arwah, kasih saying yang dicurahkan tiada pengganti.” Inilah jawapan yang diucapkan oelh Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika disoal mengenai arwah isterinya Puan Noor Halawiah

Kasih sayang seseorang insan yang bergelar isteri sememangnya tiada tandingan dan kehilangannya cukup perit untuk diterima dalam menjalani kehidupan.

Menurut DDR, beliau terpaksa akur dengan pemergian isteri tercinta (Puan Noor Halawiah) kerana ianya berlaku dengan kehendak dan ketentuan Illahi.

“Walaupun doktor amat menyayangi arwah (Puan Noor Halawiah) ternyata kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-Nya lebih tinggi darjatnya dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk arwah,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, perancangan kehidupan sememangnya menjadi milik seorang  namun ketentuan sebenar adalah kehendak Yang Esa.

“Memang benar tangisan airmata tidak membuatkan arwah kembali kepangkuan doktor tetapi menghargai perngorbanan dan kasih sayang arwah menjadi santapan doktor mengingati saat-saat manis ketika bersama arwah.

“Pemergianmu untuk menemui Illahi aku redha dan saban hari doaku  menghiasi kamar yang gelap tanpa cahaya semoga rohmu disamping orang-orang yang beriman,” kata DDR dengan nada kesedihan dan terpampang jelas wajah kerinduan terhadap arwah isteri tercinta.