DDR...yakin pecah panggung RM40 juta

JITRA, 14 Oktober –  “Filem Kita Wajah Kita.” Inilah ungkapan yang terucap dari bibir pakar pelangsingan produk Jus Mate 5 (JM5) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui semalam.

Menerusi semangat cintakan industri perfileman dan hiburan negara menerusi kempen supaya cintakan filem buatan sendiri adalah diberi galakan sama sekali oleh kerajaan Malaysia.

Menurut DDR, berpegang mengenai konsep yang disarankan oleh kerajaan beliau berbangga kerana filem terbitannya iaitu filem 2 Alam selaras dengan kehendak penonton.

“Filem yang doktor hasilkan ini adalah melambangkan filem bangsa Malaysia menceritakan perihal hidup golongan remaja masa kini yang bergelumangan dengan dosa hanya demi memuaskan nafsu serakah mereka,” katanya.

Beliau berkata lagi, karya sulong terbitan dR Movie Production ini juga bakal memberikan keinsafan di dalam diri penonton untuk menghindarkan diri dari terjebaknya dengan gejala tidak sihat sebegini.

“Ini jelas filem yang di kaji hampir lima tahun lamanya memberikan mesej jelas dan membawa kelainan di dalam industri filem tanahair.

“Selain itu, ianya bertujuan melengkapkan visi jelas iaitu untuk mengangkat martabat  filem Malaysia supaya dapat bersaing setaraf dengan filem antarabangsa menerusi air tangan dR ROzmey.

“Jadi, doktor mengajak seluruh bangsa 1 Malaysia untuk bersama-sama cintakan filem bangsa kita sendiri sekaligus melakar sejarah baru di dalam industri perfileman demi dipandang mulia oleh negara luar,” katanya yang juga mensasarkan gelaran billionaire pada 2013.