DDR...yakin 2 Alam memperoleh filem terbaik 2010

JITRA, 14 Oktober – “Filem 2 Alam adalah filem yang mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) apabila dipersoalkan mengenai filem tersebut hari ini.

Belumpun filem 2 Alam menyerang seluruh pawagam serentak pada 18 November 2010 ini filem tersebut sudah tersenarai di dalam filem terbaik pada tahun 2010.

Menurut dR Movie Production itu, filem yang mengisahkan perihal kehidupan masyarakat itu kini sudah mendapat tindakbalas yang menarik daripada fanatik dR Rozmey.

“Bukan itu sahaja malahan mereka yang dulunya mencemuh dan memberikan kritikan terhadap doktor sudah mula menyokong filem 2 Alam untuk bersam-sama pecah panggung RM40 juta,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, strategi yang dilancarkan beliau terhadap filem 2 Alam berbeza dengan produksi-produksi lain walaupun beliau hanya pendatng baru di dalam industri perfileman dan hiburan.

“Buktinya sudah cukup filem 2 Alam tersenarai di dalam Festival Filem Malaysia Ke-23 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada tahun ini.

“Tanggal tarikh 20 – 24 Oktober 2010 terdetiklah saat genting untuk filem 2 Alam bersaing dengan 29 filem lain demi merangkul anugerah “Filem Terbaik” untuk ke persada antarabangsa.

“Doktor yakin dengan semangat daripada masyarakat bersama doa dan usaha beserta keunikan yang doktor bawa terhadap filem 2 Alam mampu memikat pihak juri yang mengadili pertandingan itu,” katanya lagi.