DDR......menghargai jasa baik pihak bertanggungjawab

JITRA, 13 Oktober – “Terima Kasih.” Inilah ungkapan yang terkeluar daripada mulut pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui semalam.

Ungkapan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan dari DDR terhadap pihak yang terlibat dengan menjayakan filem 2 Alam yang menemui penonton di pawagam pada 18 November 2010 ini.

Menurut DDR, beliau mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya terhadap pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di atas kerjasama merealisasikan impian filem 2 Alam pecah panggung pada tarikh bekenaan.

“Tidak lupa juga kepada tenaga produksi dR Movie Production yang selama ini bertungkus lumus menjayakan filem ini untuk pecah panggung RM40 juta sekaligus mengukir lakaran sejarah baru di dalam industri perfileman tanahair.

“Selain itu, doktor juga meghargai jasa warga Unit Media, Pemasaran dan ICT kerana mekarnya fenomena dan label dR Rozmey adalah berpunca dari mereka,” kata lagi pemilik label dR Rozmey itu.

Beliau berkata lagi, filem 2 Alam yang mengisarkan kehidupan rakyat ini bakal memberikan sejuta pengajaran yang bakal memberikan keinsafan demi mengelakkan masyarakat alpa dan leka dengan kenikmatan dunia.

“Jadi kepada bangsa 1 Malaysia yang menyokong doktor, penghargaan tidak terhingga nilainya menanti mereka menerusi filem 2 Alam yang mewujudkan sejuta keinsafan di dalam kehidupan mereka,” katanya.