DDR....kreativiti penting dalam melancarkan strategi perniagaan

JITRA, 12 Oktober – “Kreativiti dan kepintaran adalah perkara yang mustahak dalam menciptakan strategi untuk menghasilkan sesuatu formula untuk mencipta kejayaan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) pagi tadi.

Menurut DDR, fenomena yang telah dicetuskan oleh beliau dilihat mencapai kejayaan yang disasarkan sekaligus kuasa minda positif beliau mencetuskan idea-idea terbaru untuk melancarkan strategi di dalam perniagaan.

“Jika kita inginkan sesuatu kelainan ataupun sesuatu yang luar dalam mencipta kejayaan seharusnya kita perlu mempunyai keimanan dan keteguhan jati diri supaya dapat menepis segala kritikan dan cemuhan,” katanya.

Beliau berkata lagi, jika semua perkara ini dapat ditangani maka sesuatu perkara luar biasa akan berlaku dan sedikit demi sedikit kejayaan yang diidam-idamkan akan dapat dikecapi,” katanya.

“Kejayaan bukannya datang bergolek ianya perlulah di dampingi dengan usaha yang gigih dan mempunyai tahap keyakinan yang begitu tinggi.

“Selain itu, tunduk dan syukur kepada Allah S.W.T  adalah perkara yang diwajibkan kerana keistimewaan tentang sesuatu yang luar biasa merupakan anugerah yang tidak ternilai dan tanpa-Nya juga siapalah kita di muka bumi ini,” tambahnya lagi ketika ditemui di pejabat beliau.