DDR......2 Alam filem berprofil tinggi

JITRA, 12 Oktober – Walaupun fenomena 2 Alam dikatakan menimbulkan pelbagai kontroversi yang menjadi perbualan hangat seluruh rakyat Malaysia namun kehadiran filem 2 Alam dilihat memeriahkan industri filem negara.

Kini segala fenomena dR Rozmey 2 Alam yang telah dicetuskan sudahpun mendapatkan tiket untuk ke Festival Filem Malaysia (FFM) ke- 23 yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

Menurut penerbit dR Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) pihak Finas sememangnya memandang serius terhadap penganugerahan FFM untuk penerbit-penerbit baru sebagai satu simbolik kebangkitan era perfileman yang lebih bermutu dan berdaya saing.

“Oleh itu,setelah penelitian dibuat filem 2 Alam dilihat mampu ke FFM kerana penghasilan karya sulong dR Movie Production ini dikatakan mempunyai kualiti yang tinggi dan keistimewaan tersendiri. Tambahan pula pihak Finas meluluskan bersih filem 2 Alam tanpa pemotongan,” katanya.

Katanya lagi, cara pembikinan yang luar biasa terhadap filem 2 Alam telah mewujudkan sejuta keresahan terhadap rakyat 1 Malaysia untuk merasai sendiri mengenai kehebatan filem itu.

“Filem 2 Alam juga mendapat pujian dari pihak Finas kerana filem bergenre seram itu dikatakan mempunyai sifat pendidik yang disebabkan penceritaan dipenuhi pengajaran dalam mewujudkan kesedaran dan keinsafan terhadap masyarakat,” katanya lagi ketika ditemuramah.