dR Betes membantu membanteras penyakit diabetes

JITRA, 12 Oktober  – Produk keluaran Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang semakin popular kini adalah produk ciptaan formulasi terhebat dR Rozmey iaitu dR Betes yang dihasilkan untuk membantu pesakit yang menghadapi penyakit kencing manis.

Kandungan empat ramuan terpilih di dalam dR Betes adalah seperti  Whey Protein, White Kidney Bean, Stevia Leaf dan Biotin yang meningkatkan kesihatan diri pengguna.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) empat ramuan terpilih ini dirumus khas dalam kandungan dR Betes untuk membanteras penyakit kronik itu.

“Kandungan Whey Protein dalam produk ini amat berguna dalam menambahkan protein dalam badan dan biasanya digunakan oleh mereka yang ingin menambah otot badan dan meningkatkan tisu sintesis,” katanya.

Beliau berkata lagi, kandungan White Kidney Bean pula mampu menormalkan kadar penggunaan kabohidrat yang ditukarkan kepada gula yang diserap dari usus dan mengurangkan kalori yang diambil.

“Terdapat juga kandungan Stevia Leaf yang berfungsi dalam merawat  masalah penghadaman, hati dan usus dan ramuan.

“Manakal Biotin pula amat diperlukan untuk pertumbuhan otot dan membantu gula ditukarkan kepada tenaga yang diperlukan seharian. Biotin juga mampu mempertingkatkan metabolisma amino asid dan kabohidrat dan membantu sesetengah enzim yang diperlukan badan untuk berfungsi secara normal,” ujarnya lagi.