Senaman antara faktor peningkatan kesihatan tubuh badan

JITRA, 11 Oktober – Pelbagai kempen yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia dalam mempertingkatkan kesihatan diri mereka.

Namun segala kempen yang dilakukan tidak diendahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi menghindarkan mereka dari pelbagai penyakit kronik yang mengakibatkan kematian.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) disarankan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kesihatan diri adalah perkara penting di dalam kehidupan dan perlu dititik beratkan.

“Sikap sambil lewa masyarakat terhadap kesihatan diri adalah disebabkan oleh masalah individu yang terlampau mengejar kekayaan tanpa memikirkan tentang kesihatan tubuh badan mereka,” katanya.

Katanya lagi, ianya berpunca daripada masalah rutin pemakanan seharian yang sukar dikawal menyebabkan kesihatan diri terganggu dan mudah terdedah kepada penyakit. Jadi pengawalan pemakanan merupakan faktor penting dalam meningkatkan kesihatan diri,” katanya.

“Selain itu, masalah hidup dalam kemiskinan juga mewujudkan kelekaan terhadap individu itu dalam mengejar cita-cita mereka menjadi punca kesihatan diabaikan.

“Sehubungan itu, amalan gaya hidup sihat iaitu senaman fizikal perlu dilakukan bagi mempertingkatkan kesihatan diri dan menjadikan kesihatan tubuh badan seimbang supaya terhindar dari penyakit,” katanya lagi ketika ditemuramah.