DDR....sikap yang ditunjukkan membantu menghasilkan kejayaan

JITRA, 11 Oktober  – “Segala fenomena dR Rozmey yang menimbulkan kontroversi dan kritikan kini berjaya di banteras satu demi satu,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Hal ini kerana dengan berbekalkan keteguhan iman di dada Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) segala halangan dan rintangan dalam menghasilkan sesuatu berjaya diatasi dengan jayanya.

Menurut DDR, keimanan yang kukuh yang menjadi benteng pertahanan telah membuatkan diri beliau menambahkan  kekuatan untuk menghadapi  apa jua halangan yang menimpa serta ianya juga dapat menenangkan diri beliau.

“Keimanan adalah sesuatu nilai positif yang perlu ada di dalam kita sebagai seorang manusia yang bertindak sebagai pelindung diri untuk menjauhi perkara-perkara berkaian dengan kenikmatan dunia yang fana ini.

Beliau berkata lagi, cabaran dan dugaan dapat dihadapi oleh beliau dengan tenang tanpa mewujudkan sebarang persengketaan diantara beliau dengan pihak yang lain.

“Kritikan dan cemuhan merupakan sudah menjadi lumrah dunia perniagaan namun keteguhan di dalam diri doktor berjaya mengatasi semua masalah ini dengan mudah sekali kerana jika seseorang ingin melakukan sesuatu kebaikan Allah S.W.T akan bersama dengannya.

“Ini berlaku ketika dalam pencetusan fenomena 2 Alam yang pada mulanya melemparkan segala cemuhan terhadap diri doktor yang menganggap bahawa doktor seolah-olah hilang akal.

“Namun bebekalkan iman di dada, doktor tenang menghadapinya malah masyarakat yang dulunya memandang serong terhadap doktor kini sedar bahawa apa yang dilakukan doktor adalah untuk kepentingan bersama dan kini mereka bersama-sama dengan doktor,” kata pencetus fenomena dR Rozmey itu..