Poster yang akan diletakkan i luar panggung wayang sepanjang penayangan filem 2 Alam

 

JITRA, 7 Oktober  – “Lebih dari 80 buah panggung yang berdaftar di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengalu-alukan kedatangan filem 2 Alam,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) sebelum berangkat ke Kuala Lumpur semalam.

Ketika sedang kecoh mengenai kontroversi filem 2 Alam di media massa Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) penerbit dR Movie Production telah mengadakan perbincangan dengan tauke panggung untuk memastikan 2 Alam pecah panggung RM40 juta.

Menurut DDR, perbincangan tersebut adalah bertujuan untuk memudahkan lagi percaturan 2 Alam untuk pecah panggung dan tidak bertembung dengan tayangan filem-filem lain.

“Pihak produksi telah menayangkan filem 2 Alam kepada pemilik panggung pada 3 Jun lalu untuk memperhidangkan mengenai kehebatan dan kualiti filem tersebut namun ianya dilihat memberikan tindak balas yang begitu menarik,” katanya.

Beliau berkata lagi, mereka memuji hasil air tangan sulong dR Movie Production ini yang bakal merobek jiwa, meruntun hati dan menyentuh perasaan penonton.

“Alhamdulillah berkat hasil daripada usaha doktor sendiri semua pemilik panggung amat berpuas hati dengan kualiti filem 2 Alam.

“Kini kesemua pemilik panggung bersama doktor dan begitu senang hati serta mengalu-alukan kedatangan filem 2 Alam yang berprofil tinggi itu ditayangkan dipawagam mereka,” tambahnya lagi.

 

Advertisements