DDR...strategi yang luar biasa

JITRA, 7 Oktober – Filem bergenre seram hasil karya sulong dR. Movie Production iaitu 2 Alam yang menimbulkan pelbagai kontroversi di dalam industri seni tanahair dikatakan mempunyai matlamatnya tersendiri di dalam percaturan untuk menjualnya.

Pelbagai rintangan dan halangan perlu dilalui oleh dR Movie Production dalam menghasilkan satu fenomena yang diterima oleh masyarakat.

Menurut penerbit dR Movie Production Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) menjadi kepentingan adalah untuk memastikan semua 30 juta rakyat Malaysia yang gelisah, resah dan demam untuk menonton 2 Alam yang terkandung pelbagai mesej yang ingin disampaikan itu.

“Manakala yang kedua adalah jelas matlamat untuk ledakan pecah panggung RM40 juta akan tercapai kerana dengan kebolehan 2 Alam memasuki panggung boleh meraih lebih daripada itu serta meninggalkan kesan yang begitu memberangsangkan terhadap penonton,” katanya.

Beliau berkata lagi, kehadiran filem 2 Alam yang menggamatkan industri perfileman tanahair itu juga bakal mengembalikan era kegemilangan filem Melayu yang hilang sejak 40 tahun lalu.

“Kelengkapan untuk filem 2 Alam pecah panggung RM40 juta menerusi 700 skrin diseluruh tanahair sudahpun tersedia untuk menemui khalayak.

“Sudah terbukti bahawa filem 2 Alam bakal membuka sejarah baru terhadap idustri hiburan tanahair dan pasti memberi manfaat  besar kepada semua.

“Inilah janji serat perjuangan doktor bahawa fenomena dR. Rozmey adalah untuk kepentingan bersama,” ujarnya ketika ditemui semalam.