DDR....daya pemikat mainkan peranan penting

JITRA, 7 Oktober – Sejurus mengadakan perbincangan dengan pemilik panggung penerbit dR Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dikatakan seseorang yang mempunyai daya pemikat kerana berjaya menawan hati kesemua pemilik panggung memberi kerjasama untuk memudahkan perjalanan 2 Alam ke panggung.

Menurut DDR, dengan hasil karya yang menarik, berkualiti dan luar biasa ini telah membuatkan pemilik panggung terpikat dengan 2 Alam dan mereka kini bersama-sama dengan fenomena dR Rozmey 2 Alam.

“Kesungguhan mereka dalam bersama-sama membuka ruang terhadap penayangan filem 2 Alam jelas sekali membuktikan bahawa sokongan padu yang ditunjukkan begitu memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata lagi, usaha dalam menghasilkan sesuatu fenomena yang luar biasa serta menghidangkan kelainan terhadap masyarakat ini membolehkan proses pembelajaran tentang pengajaran akan berlaku dengan cepat.

“Selain itu, perkara sebegini bukannya untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi memberikan sesuatu impak positif yang seharusnya diteladani

“Strategi dan promosi luar biasa yang doktor cetuskan adalah melalui kotak pemikiran yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T,” ujar pemilikjenama dR Rozmey itu semalam.