DDR....cara promosi luar biasa

JITRA, 6 Oktober – “Misteri tarikh tayangan baru 2 yang menimbulkan keresahan dan mengganggu perasaan fanatik dR Rozmey serta seluruh rakyat Malaysia sudahpun terbongkar,” ujar Datuk Dr Che Rozmey ketika ditemui semalam.

Namun segala keresahan dan persoalan yang timbul terhadap seluruh rakyat Malaysia kini terubat dengan kenyataan yang dikeluarkan bahawa tarikh tayangan terbaru mengenai filem 2 Alam akan diumumkan seperti pengumuman puasa dan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut penerbit dR Movie Production itu, pengumuman secara luar biasa ini bakal memberikan impak yang memberangsangkan terhadap seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati dan melahirkan keinsafan di dalam diri mereka sendiri.

Beliau berkata lagi, pengumuman ini bakal disiarkan secara siaran langsung menerusi media massa yang berdaftar di bawah Media Prima bertujuan untuk peccah panggung RM40 juta.

“Dengan cara luar biasa ini ianya akan menambahkan keterujaan kepada rakyat untuk menonton 2 Alam dan selebihnya akan menceritakan mengenai kehebatan yang terkandung dalam filem itu kepada orang lain.

“Situasi ini akan mendorong mereka menonton 2 Alam berulang kali di samping mengajak penonton lain ke panggung bersama-sama pecah panggung RM40 juta dan inilah yang dikatakan sebagai fenomena tsunami dR Rozmey berskala kecil,” katanya lagi.