DDR...cara luar biasa

JITRA, 6 Oktober – Akibat dari penangguhan filem 2 Alam sebanyak tiga kali menjadi persoalan terhadap seluruh rakyat Malaysia yang ingin menantikan untuk merasai sendiri kehebatan filem itu.

Namun kepastian tarikh tayangan yang sudahpun dikenalpasti dan ternyata sekali tarikh baru tayangannya akan dilakukan dengan cara pengisytiharan yang luar biasa.

Menurut Penerbit dR Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) pengisytiharan filem ini akan dilakukan seperti pengumuman Hari Raya Puasa dan tarikh pengumuman puasa di segenap pelusuk ruangan media untuk 30 juta rakyat Malaysia.

Katanya lagi, warkah pengisytiharan mengenai tarikh tayangan sebenar filem 2 Alam sudahpun menghiasi ruangan akhbar Kosmo! sejak September lalu.

“Berbeza dari produksi lain yang hanya memaparkan sinopsis filem yang dibuat, filem 2 Alam sudah dikupas oleh doktor sendiri bahawa ianya sebuah karya yang merobek jiwa, meruntun hati dan menyentuh perasaan seluruh rakyat Malaysia.

“Filem itu, memaparkan kehebatan lakon layar, dan kesan bunyi hebat selain diadun dengan lagu tema yang meruntun jiwa menjanjikan 2 Alam sebagai filem yang memberi kepuasan muktamad kepada penonton serta mengembalikan kegemilangan dan mengangkat martabat industri,” ujar pemilik jenama dR Rozmey itu..