DDR... 2 Alam timbulkan kemisterian

JITRA, 6 Oktober  – Filem hasil karya sulong 2 Alam terbitan dR Movie  Production yang dianggap filem berprofil tinggi ini menimbulkan pelbagai misteri.

Seluruh rakyat Malaysia kini resah dan gelisah menantikan kemunculan filem yang dikatakan mengembalikan kegemilangan era emas filem Melayu yang hilang 40 tahun lalu.

Menurut penerbit dR Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) filem 2 Alam merupakan karya seni yang tinggi nilainya.

“Jadi filem ini mestilah berbeza dari filem-filem lain bermula dari cara pembikinan hinggalah cara menjual filem yang dilakukan dengan cara luar biasa,” katanya.

Beliau berkata lagi, filem ini bakal mewujudkan kesedaran dan keinsafan terhadap rakyat Malaysia tentang penceritaan yang menyayat hati serta balasan setimpal terhadap individu yang hidup bergelumang di dalam dosa seolah-olah kehidupan di bumi ini akan kekal selama-lamanya.

“Inilah keistimewaan yang terdapat dalam filem 2 Alam yang mengangkat martabat dan kualiti filem Melayu negara setaraf dengan antarabangsa.

“Kesempatan ini doktor memohon ribuan kemaafan dari fanatik dR Rozmey serta seluruh rakyat Malaysia disebabkan penangguhan filem ini sebanyak dua kali tetapi tarikh tayangan baru akan di umumkan kepada rakyat dengan cara luar biasa,” tambahnya lagi.