DDR...manfaat menanti fanatik

JITRA, 4 Oktober  – Satu lagi fenomena yang menjadi perbualan hangat rakyat 1 Malaysia iaitu mengenai sejuta fanatik dR Rozmey.

Kini fenomena fanatik dR Rozmey mendapat sambutan hangat daripada rakyat  1 Malaysia yang ingin menjadi rakan facebook dR Rozmey.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) pelbagai manfaat yang bakal diperolehi jika mereka menjadi kawan kepada ikon jutawan bisnes yang berjaya seperti beliau.

“Hal ini kerana penerimaan mereka terhadap fenomena dR Rozmey yang luar biasa telah dicetuskan oleh doktor dilihat mampu menjadi ikon dan tauladan menerusi motivasi dan minda positif DDR,” katanya.

Katanya lagi, peluang niaga yang lumayan ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang menjadi rakan facebook DDR sebagai usahawan jutawan.

“Jadi, timbul sejuta keterujaan  dan kebanggaan rakyat 1 Malaysia mengenai fenomena sejuta fanatik dR Rozmey untuk menjadi rakan DDR di facebook serta dilihat ianya kini mendapat sambutan yang menggalakan,” kata yang kini sedang giat melancarkan pelbagai bisnes untuk menjadi billionaire pada 2013.