DDR....luar biasa

JITRA, 4 Oktober –  “Keresahan, demam dan keterujaan bangsa 1 Malaysia untuk menonton filem 2 Alam diseluruh panggung 18 November ini semakin terasa debarannya.

Belumpun anak sulong kelahiran dR Movie Production itu menerjah ke panggung wayang seluruh pelusuk tanahair kehebatannya sudah dirasai oleh bangsa 1 Malaysia.

Menurut Ahmad Helmi, 32, kehadiran filem 2 Alam yang menimbulkan kontroversi dan persoalan sememangnya dinantikan olehnya.

“Filem ini filem Melayu sudah tentu saya mahu menontonnya walaupun sasarannya agak mustahil namun lontaran idea yang diberikan adalah lain dari yang lain.

“Sebelum ini saya agak kecewa dengan penangguhan filem 2 Alam sebanyak tiga kali berturut-turut serta hampir  berputus asa untuk menyokong filem Melayu.

“Tetapi kini dengan penetapan tarikh sah tayangan 2 Alam seperti menaikkan semula semangat saya untuk ke panggung menonton filem 2 Alam yang dikatakan berpotensi meningkatkan martabat filem Melayu,” katanya yang merupakan salah seorang kakitangan syarikat swasta yang bertugas di Alor Star.

Mengulas lanjut mengenai pandangan itu, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, semangat itulah dikatakan sebagai bangsa Melayu yang mempunyai rasa tanggungjawab dan cintakan industri perfileman negara.

“Karya yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai pengajaran di dalam meniti arus kehidupan inilah bakal melahirkan generasi yang cintakan, agama bangsa dan negara sekaligus menjadi benteng pertahanan kukuh supaya tidak dijajah lagi,” kata penerbit dR Movie Production itu ketika ditemui disini tadi.