DDR...idea pemikiran kreatif

JITRA, 3 Oktober  – Kejayaan dalam melariskan sesuatu barangan yang ingin dijual terhadap khalayak bermula daripada sifat kreativiti pemiliknya dalam mempromosikan produk atau barangan yang telah dihasilkan dengan usahanya sendiri.

Sifat semulajadi ini sudahpun berada dilubuk hati penerbit dR Movie Production iaitu Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) yang mengejutkan seluruh warga rakyat Malaysia serta industri filem di negara ini dengan cara penjualan filem sulongnya iaitu 2 Alam.

Menurut DDR, tahap keyakinan yang tinggi dan keberanian menanggung segala risiko perlu ditanamkan di dalam diri bagi memastikan sesuatu perkara yang dibuat adalah mengikut landasan yang betul dan tidak terpesong dari apa yang dirancangkan.

“Justeru itu, untuk memastikan segala perancangan berjaya mengikut acuan tersendiri, doktor seharusnya berani dalam merencanakan strategi luar biasa yang pada zahirnya mungkin sukar diterima dan memujuk masyarakat bersama-sama menyertai tentang sesuatu perkara yang didedahkan,” katanya.

Katanya lagi, tambahan pula masyarakat kini mengemari sesuatu yang luar biasa dan mereka juga menginginkan keistimewaan terhadap sesuatu yang dihasilkan.

“Jadi, akibat daripada ini doktor mestilah perlu menghasilkan sesuatu yang luar biasa dan memperoleh kejayaan bersama-sama selaras dengan konsep yang diperkenalkan oleh doktor mengenai kejayaan adalah milik bersama.

“Walaubagaimanapun doktor yakin bahawa apa yang diperjuangkan oleh doktor  menerusi fenomena dR Rozmey adalah selaras dengan keinginan masyarakat kini,” ujarnya ketika ditemui tadi