DDR....fenomena acuan sendiri

JITRA, 3 Oktober – “Medan Teknologi Maklumat yang hebat dicpta di era globalisasi kini menjadikan landasan terbaik dalam menjalankan sesuatu perniagaan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui dipejabat beliau pagi tadi.

Beliau berkata, kemudahan teknologi maklumat hari ini dilihat banyak membantu menjayakan bisnes-bisnes yang beliau cetuskan.

“Inilah yang berlaku di Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat untuk menghasilkan sesuatu dalam memenuhi kehendak masyarakat,” katanya.

Menurutnya lagi, demi merancakkan lagi bisnes yang beliau beliau jalankan menerusi fenomena dR Rozmey beliau telah menubuhkan satu unit Media, ICT dan Pemasaran sendiri di HPM.

“Jelaslah terbukti dengan usaha yang luar biasa fenomena yang dicetuskan doktor berjaya dan kini ramai yang ingin bersama-sama doktor demi mencipta kejayaan.

“Unit Media, ICT dan Pemasaran kendalian Encik Rizduan Ahmad, 32, banyak memainkan peranan dalam memasarkan label dR Rozmey yang menjadi kebanggaan bangsa 1 Malaysia pada hari ini,” katanya ketika yang kini sibuk menjalankan kelengkapan untuk filem 2 Alam menyerang 83 panggung 18 November nanti.

Advertisements