DDR....yakin pecah panggung RM40 juta

JITRA, 3 Oktober – “Filem 2 Alam kini menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia dan kehadirannya dikatakan memeriahkan lagi industri filem negara akan menemui penonton pada 18 November ini,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Namun untuk filem 2 Alam pecah panggung RM40 juta, pihak dR Movie Production bakal memasuki 700 skrin di seluruh Malaysia yang akan mengegarkan November ini sekaligus memeriahkan industri perfileman serta hiburan negara.

Menurut Penerbit dR. Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) hasil karya sulong produksi ini bakal menghiburkan dan memberikan iktibar kepada 30 juta rakyat Malaysia menerusi 700 skrin diseluruh Malaysia termasuk Indonesia.

“Tidak timbul soal tolak dan tidak ikut Skim Wajib Tayang (SWT) walaupun pihak produksi tidak mengambil sebarang pinjaman daripada Finas tetapi inilah cara doktor jalankan bisnes yang mendatangkan kepentingan bersama.

Katanya lagi, walaupun memikul tugas yang amat berat untuk pecah 700 skrin tetapi filem 2 Alam akan tetap dijalankan kerana ianya adalah untuk tontonan rakyat 1 Malaysia.

“Perkara sebegini sudah menjadi amalan doktor melakukan kerja dengan cara yang luar biasa dan hadir karya yang luar biasa untuk membuktikan kepada masyarakat apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan bersama,” tambahnya lagi ketika sesi temubual dipejabat beliau.