DDR......kesabaran dan kejujuran teras kejayaan

JITRA, 30 September  – Sebaik sahaja selesai pembikinan dan promosi tentang filem 2 Alam karya sulong dR Movie Production ini segala usaha kerja keras dan penat lelah penerbit serta krew dR Movie Production dikatakan berbaloi kerana filem itu tiada pemotongan dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Menurut penerbit dR Movie Production Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) beliau rasa amat gembira dan berterima kasih kepada industri kerana beliau mampu memberi secebis usaha untuk mengangkat martabat industri dan bisnes.

“Filem 2 Alam sudah mendapat kelulusan sepenuhnya daripada pihak Finas dan penetapan tarikh keramat 18 November bakal menjawab segala persoalan yang bermain di kotak fikiran manusia,” katanya.

Beliau berkata lagi, ledakan serangan fenomena 2 Alam untuk tembusi panggung di seluruh negara akan dilakukan secara serentak bermula 18 November sehinggalah 01 Disember 2010.

“Syukur Alhamdulillah, niat ikhlas dan serta pengorbanan, tenaga, masa dan modal memberikan manfaat kepada rakyat dan industri tanahair seperti yang dijangkakan.

“Bukan itu sahaja, malah setiap penyuntingan, pembikinan dan cara doktor menjual filem juga diberi pujian oleh Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengatakan bahawa 2 Alam ialah filem yang mempunyai kualiti,” kata penerbit dR Movie Production itu tadi.