DDR.....kritikan dan cemuhan lumrah alam

JITRA, 30 September  – Sepanjang mempromosi 2 Alam pelbagai kontroversi telahpun berjaya ditepis kini kecekalan Datuk Dr Che Rozmey (DDR) yang juga Pakar Perbidanan dan Sakit Puan membuatkan dirinya dikagumi.

Menurut penerbit dR Movie Production Datuk Dr Che ROzmey Che Din (DDR) seperti yang diperkatakan sebelumnya jika anda ingin  meneruskan kehidupan di dalam dunia perniagaan kejujuran merupakan aspek utama yang perlu ada di dalam diri untuk mencipta kejayaan yang besar dan luar biasa.

“Begitu juga dengan filem 2 Alam, doktor akan pastikan karya sulong dR Movie Production ini akan dikagumi oleh seluruh warga rakyat Malaysia dan mengangkat kembali kegemilangan era emas filem Melayu yang lenyap 40 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata lagi, tambahan pula kehadiran filem 2 Alam yang mempunyai keistimewaan tersendiri telah menimbulkan sejuta keresahan terhadap bangsa 1 Malaysia untuk pecah panggung RM40 juta.

“Jika impian menjadi kenyataan ianya merupakan satu lakaran sejarah baru dalam industri hiburan serta perfileman tanahair menerusi filem Melayu berkualiti tinggi yang doktor cipta.

“Ini membuatkan doktor bekerja 10 kali ganda daripada biasa dan melakukan semuanya dengan bijaksana dan teratur.

“Jadi, doktor memberanikan diri untuk mengambil risiko dan kini matlamat untuk mengangkat martabat industri semakin dihampiri ,” tambahnya ketika ditemui dipejabat beliau.