DDR.... promosi acuan sendiri

JITRA, 29 September – Titik permulaan tentang kejayaan sesuatu perniagaan bermula dengan kebijaksanaan pemiliknya untuk mempromosikan produk atau barangan yang telah dihasilkan dengan usahanya sendiri.

Memiliki sifat serta nilai-nilai murni yang luar biasa segala pencetusan fenomena dR Rozmey oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dilihat memang mempunyai kelainaan dan keistimewaan tersendiri

Menurut DDR, jika kita inginkan kejayaan yang luar biasa di dalam bisnes yang diceburi seharusnya cara  promosi yang dilakukan mestilah luar biasa berbanding dengan cara promosi organisasi lain.

“Tahap keyakinan yang tinggi dan keberanian menanggung segala risiko perlu ditanamkan di dalam diri bagi memastikan sesuatu perkara yang dibuat adalah mengikut landasan yang betul dan tidak terpesong dari apa yang dirancangkan,” katanya.

Katanya lagi, untuk memastikan segala perancangan berjaya mengikut acuan tersendiri, beliau  seharusnya berani dalam merencanakan strategi luar biasa yang pada zahirnya mungkin sukar diterima.

“Sudah ternyata buktinya terhadap pencetusan fenomena 2 Alam yang pada awalnya dilemparkan dengan pelbagai kutukan dan cacian tetapi akibat daripada promosi yang luar biasa doktor cetuskan bangsa 1 Malaysia kini menyokong sepenuhnya filem ini.

“Segala-galanya bakal terjawab November ini mengenai fenomena dR Rozmey filem 2 Alam manakala produk kesihatan Slimming Suit dan kosmetik dR Rozmey Skin Care pula akan dilancarkan serentak di seluruh tanahair pada awal tahun depan,” tambahnya ketika sesi temubual bersama beliau.