DDR...cipta kejayaan demi kejayaan

JITRA, 28 September – “Inilah yang dikatakan fenomena dR Rozmey,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui tadi.

Menurutnya, akibat daripada kemeriahan dan kehangatan promosi filem 2 Alam telah menimbulkan keresahan 30 juta rakyat Malaysia untuk bertandang ke pawagam berhampiran menonton filem sulong hasil karya dR Movie Production.

“Cara promosi dan penjualan filem 2 Alam kini menjadi topik perbualan hangat rakyat 1 Malaysia mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata lagi, testimony dan fanatik fenomena dR Rozmey mereka boleh menarik nafas lega mengenai 2 Alam untuk pecah panggung RM40 juta dipawagam seluruh Malaysia.

“Tambahan pula, filem tersebut sudah diluluskan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) tanpa sebarang pemotongan dan akan akan ditayangkan di seluruh tanahair pada 18 November 2010 nanti.

“Jadi, jelaslah membuktikan bahawa 30 juta rakyat Malaysia ternanti-nanti untuk menonton filem bergenre seram hasil fenomena yang dicetuskan oleh dR Movie Production yang menceritakan perihal tentang masyarakat di era globalisasi ini,” ujarnya lagi.