DDR....fenomena untuk semua

JITRA, 28 September – Akibat dari penangguhan terhadap filem 2 Alam pelbagai kritikan dan cemuhan serta komen negatif dari pelbagai pihak malahan ianya juga dikatakan berkemungkinan filem ini akan mengalami risiko.

Menurut Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) isu berdepan risiko dan kerugian tidak timbul kerana dengan kehadiran filem ini yang bakal pecah panggung RM40 juta itu akan memberikan keuntungan lumayan kepada pihak panggung.

“Kita bercakap tentang filem 2 Alam yang bakal merobek jiwa, meruntun hati dan menyentuh perasaan dan yang akan mengembalikan kegemilangan era emas filem Melayu yang telah hilang 40 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata lagi, ianya juga perbincangan mengenai sebuah karya yang untuk tontonan semua rakyat Malaysia dalam memberikan kesedaran dan keinsafan untuk berubah demi memperhebatkan lagi industri perfilemaan tanahair.

“Oleh itu, isu kerugian tidak timbul malahan menguntungkan pemilik panggung dan tenyata jelas kandungan di dalam penceritaan filem 2 Alam adalah fakta mengenai sesebuah kehidupan.

“Jadi, jelaslah ini membuktikan bahawa hasil karya ini mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri bakal memberikan kejayaan yang besar untuk semua sekiranya 2 Alam pecah panggung RM40 juta,” katanya ketika sesi temubual pagi tadi.