DDR......konsep isu semasa

JITRA, 28 September – Berkonsepkan 1 Malaysia yang disarankan oleh kerajaan Malaysia dR Movie Production telah menghasilkan filem 2 Alam yang memberi manfaat terhadap rakyat 1 Malaysia.

Menurut Penerbit dR Movie Production Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) pihak produksi menyokong tentang sahutan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dalam mewujudkan 1 Malaysia.

“Kehadiran fillem 2 Alam yang memeriahkan industri perfileman negara yang mengandungi nilai pengajaran positif bertindak sebagai sumber pedoman terhadap bangsa 1 Malaysia,” katanya.

Berliau berkata lagi, ianya bukan hanya hiburan semata-mata yang membolehkan generasi akan datang lebih terpesong dengan gejala tidak yang semakin menular kini.

“Doktor menghasilkan filem ini adalah untuk masyarakat terutamanya bangsa Melayu dalam mewujudkan kesedaran dan mewujudkan keinsafan di dalam diri yang dilihat semakin rapuh keimanan mereka.

“Selain itu, filem 2 Alam juga bertujuan memberikan kebaikan dan peringatan bermakna kepada masyarakat yang bersikap sambil lewa mengenai perubahan persekitaran di dalam menempuh kehidupan seharian.

“Filem ini menceritakan tentang gejala dan budaya masyarakat kini yang hidup dalam kebebasan tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling dan memikirkan balasan yang akan diterima kelak,” katanya ketika ditemui dipejabat beliau semalam.