Gain 5 membantu tumbesaran otot-otot badan

JITRA, 27 September – Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) telah banyak menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan yang mujarab untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah atau penyakit yang dihidapi.

Antara produknya yang dikatakan berkesan adalah produk Gain-5 yang dihasilkan dengan formulasi hebat bagi membantu pengguna meningkatkan berat badan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) produk kesihatan Gain-5 ini mampu menambahkan berat badan dan pertumbuhan otot-otot badan serta mengaktifkan sel-sel badan dan organ penting untuk berfungsi dengan lebih lancar.

“Pelbagai vitamin yang terkandung di dalam Gain-5 seperti vitamin A, B2, B3, B5, B6, C dan campuran kalsium, iodine, zinc, thiamine, biotin dan folic asid

“Ianya  adalah merupakan sebatian yang telah dirumuskan bagi membantu pengguna membina otot-otot badan yang baru dan pembesaran sel-sel badan selain memberikan tenaga dan meningkatkan selera makan,” katanya.

Katanya lagi, ini merupakan produk pertama di Malaysia yang dihasilkan bagi membantu pengguna terhindar dari masalah ini yang mampu memberikan kesan  pertumbuhan otot-otot badan yang amat cepat dan menstabilkan tahap kesihatan pengguna.

“Jadi, kepada sesiapa yang menghadapi masalah kurang berat badan jangan khuatir kerana Gain-5 adalah formulasi doktor dengan ramuan terpilih memberikan keajaiban kepada pengguna dan dapatkan  yang asli secara terus dari HPM,” ujarnya lagi sambil menunjukkan produk JM5 tiruan yang semakin berleluasa kini.