JITRA – ” Belum cuba, belum tahu “. Inilah gambaran Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kepada rakyat 1 Malaysia mengenai fenomena 2 Alam.

Menurut DDR, pencetusan fenomena 2 Alam menerusi jenama dR. Rozmey mengajak rakyat 1 Malaysia merasai sendiri mengenai keistimewaan dan keunikan filem itu.

” Spekulasi negatif yang dilemparkan oleh sesetengah pendapat mengenai filem 2 Alam yang dicetuskan DDR hanya berdasarkan sifat kebencian dan ketidakpuashatian semata-mata”, katanya.

Beliau berkata lagi, mereka belum melihat snediri rangkaian kebenaran mengenai nilai murni yang terdapat didalam filem 2 Alam serta dianggap filem berprofil tinggi.

” Penghayatan mengenai penceritaan dan mesej yang akan disampaikan akan membuatkan penonton terkaku sejenak mengenangkan akibat pembalasan terhadap kehidupan yang dipenuhi noda dan dosa.

” Jadi, nantikanlah kemunculan filem 2 Alam di pawagam berhampiran anda dan segala keresahan pasti terubat dengan kehadiran 2 Alam untuk pecah panggung RM40 juta sekaligus melakar kejayaan baru di dalam industri perfileman negara”, kata pengasas produk perlangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu.

Salah satu adegan yang terdapat dalam filem 2 Alam