JITRA, 24 September – Ribuan terima kasih daripada doktor ucapkan kepada pihak yang terlibat dalam melancarkan pengurusan filem 2 Alam untuk pecah panggung RM40 juta,” ujat Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui semalam.

Menurut DDR, pelbagai rintangan dan dugaan yang telah ditempuh oleh beliau dalam menjayakan filem membuahkan hasil dan ucapan terima kasih dari beliau sebagai tanda penghargaan untuk pihak yang terlibat.

“Ribuan terima kasih juga diberikan kepada pihak berkuasa yang terlibat dalam penyediaan tayangan filem 2 Alam kerana telah memberikan kerjasama untuk melancarkan lagi perjalanan filem,” katanya.

Beliau berkata lagi, tidak lupa juga kepada pihak media yang telah memberikan kerjasama yang baik untuk mendapatkan publisiti tentang kewujudan filem berprofil tinggi ini dan tidak putus-putus membincangkan tentang fenomena dR Rozmey yang telah dicetuskan bermula dari penjualan produk hinggalah ke pembikinan filem.

“Selain itu, jutaan terima kasih juga buat fanatik dR Rozmey dan seluruh rakyat di Malaysia yang telah memberikan sokongan padu dan semangat yang jitu untuk bersama-sama pecah panggung RM40 juta pada 18 Novwmber ini.

“Jadi, semangat dan sokongan yang ditunjukkan ini membantu bersama-sama kita bangsa 1 Malaysia untuk menciptakan sejarah yang baru di dalam industri perfileman setaraf dengan antabangsa,” ujar penerbit dR Movie Production itu.