JITRA, 24 September – Berpegang pada sikap kejujuran yang terbuku di hati penerbit dR. Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang mencetuskan fenomena 2 Alam telah memberikan harapan untuk rakyat.

Menurut Penerbit dR. Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) segala sindiran, pandangan sinis, dan kritikan pihak tertentu sebelum ini sudah lenyap tetapi sebaliknya hadir sejuta harapan, sejuta kegelisahan dan sejuta keterujaan untuk menonton filem 2 Alam.

“Fenomena yang membuatkan emosi seluruh rakyat Malaysia sudah dirasai tentang kehebatan filem 2 Alam dan mereka telah tersedar dari lamunan yang panjang bahawa 2 Alam mampu memberikan kepuasan muktamad kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata lagi, sesudah mengalami fenomena yang dibawa oleh 2 Alam mereka akan mempunyai jati diri, mempunyai kredibiliti, dan integriti di dalam diri mereka,” ujarnya.

“Selain itu, kehadiran filem 2 Alam yang mengembalikan era emas kegemilangan filem Melayu ini membuka mata bangsa 1 Malaysia mengenai sejarah baru yang bakal dicipta oleh anak bangsa sendiri.

“Mereka juga akan menjadi insan yang menghargai diri dan masa serta wujudnya perasaan untuk menghargai budaya, bangsa dan negara serta mempunyai semangat yang cintakan agama dan Allah yang Esa,” ujarnya lagi ketika ditemui dipejabat beliau pagi tadi.