DDR....cipta kelainan

JITRA, 24 September  – “Nantikan kehadiran 2 Alam di pawagam yang berhampiran dengan anda pada 18 November ini,” ujarnya Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) untuk mengajak bangsa 1 Malaysia bersama-sama pecah panggung RM40 jua.

Menurut DDR, kini hanya tinggal 56 hari saja lagi filem 2 Alam hasil karya dR Movie Production akan menghantui 83 panggung seluruh negara yang akan memberikan sejuta pengertian bermakna terhadap rakyat 1 Malaysia.

“Filem 2 Alam merupakan filem yang dipenuhi dengan nilai pengajaran untuk dikongsikan bersama sekaligus mewujudkan sejuta keinsafan di dalam diri penonton melalui penghayatan penceritaan yang ditayangkan,” katanya.

Beliau berkata lagi, keunikan dan keistimewaan filem 2 Alam ini adalah melalui penyelidikan yang dijalankan selama lima tahun sebelum pembikinannya.

“Hasil penyelidikan memberikan idea baru kepada dR Rozmey menghasilkan filem menceritakan perihal atau perkara gejala sosial yang semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kini.

“Sedang enak dibuai keseronokan dunia kehidupan diteruskan tanpa memikirkan balasan yang akan dijatuhkan kelak terhadap perbuatan perbuatan yang dilakukan di dunia terkeluar dari landasan agama,” katanya.

“Belumpun sempat bertaubat kehidupan ditamatkan dengan diri yang dipenuhi dosa dan kematian yang menyesatkan maka keperitan, kesengsaraan dan siksaaan mewarnai kehidupan di alam barzakh oleh Tuhan Maha Esa,” ujarnya lagi.