DDR....syukur

JITRA, 21 September – Surat bertarikh 30 Ogos 2010 yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyatakan penetapan tarikh untuk tayangan filem 2 Alam sudapun diluluskan oleh Jawantankuasa Wajib Tayang.

Menurut penerbit dR Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) keputusan muktamad daripada pihak Finas telah melancarkan lagi perjalanan serangan filem 2 Alam terhadap 83 panggung di seluruh tanahair.

“Dengan kehadiran filem 2 Alam dipanggung seluruh Malaysia ini akan menghasilkan kejayaan untuk pecah panggung RM40 juta seperti yang doktor rancangkan,” katanya.

Pemilik jenama dR Rozmey itu berkata lagi, kehadiran filem 2 Alam ini bakal memberikan lakaran sejarah yang baru terhadap industri perfileman dan hiburan negara ini.

“Selain itu, filem 2 Alam juga memberikan contoh yang terbaik untuk pihak produksi lain melalui kaedah promosi dan cara penjualan filem yang doktor cetuskan.

“Hal ini jelas sekali terbukti bahawa fenomena jenama dR Rozmey yang telah dicetuskan oleh doktor adalah untuk semua seperti yang diuar-uarkan sebeum ini,” katanya lagi ketika sesi temubual mengenai produk terbaru belia iaitu produk Skin Care dR Rozmey.