DDR....bijak

JITRA, 21 September – Selepas selesai pencetusan fenomena pembikinan filem 2 Alam Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) memperluaskan lagi empayar perniagaanya dalam aksesori kecantikan iaitu Skin Care dR Rozmey.

Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang dulunya Pakar Perbidanan kini digelar Pakar Kecantikan oleh golongan wanita yang teruja dengan formula beliau.

Menurut DDR beliau amat prihatin dengan golongan wanita yang mempunyai keinginan untuk kelihatan lebih cantik dan jelita kerana berkemungkinan dengan penampilan diri yang kelihatan cantik pandangan masyarakat merupakan kepuasan bagi mereka.

“Kecantikan merupakan faktor utama yang dititikberatkan oleh golongan wanita yang berada di era globalisasi ini demi menigkatkan keyakinan serta tampilkan diri dengan keadaan yang selesa ketika berhadapan dengan khalayak umum,” katanya.

“Jadi, menyedari bahawa golongan wanita yang begitu mempunyai keinginan tinggi untuk memiliki kecantikkan doktor menjalankan penyelidikan demi membantu mereka untuk tampil dengan susuk tubuh serta raut wajah yang menawan,” katanya ketika ditemui sambil menerangkan mengenai produk baru yang bakal dikeluarkan iaitu produk Skin Care dR ROzmey.