DDR.....kesabaran peroleh kejayaan

JITRA, 20 September – “Keajaiban dan fenomena tsunami berskala kecil menerusi filem 2 Alam yang kini menular terhadap rakyat Malaysia bakal terjawab pada 18 November 2010 ini,” kata Datuk Dr Che Rozmey (DDR) semalam.

Menurut penerbit dR Rozmey Production itu, belumpun sempat 2 Alam memasuki panggung wayang diseluruh Malaysia, pelbagai isu serta kritikan dilemparkan terhadap beliau.

“Namun segala kritikan dan cemuhan yang dilemparkan dapat ditepis dengan usaha oleh pihak produksi dan jelaslah bahawa mereka ingin melihat apa yang bakal terjadi pada tarikh keramat 18 November 2010 ini,” katanya.

Beliau berkata lagi, hal ini adalah disebabkan oleh fenomena dR. Rozmey bersama Kosmo! sejak sekian lama dalam mempromosikan filem 2 Alam.

“Jadi, berlandaskan acuan dR Rozmey inilah yang membolehkan doktor menghasilkan kebolehan, keajaiban, dan kejayaan luar biasa berbanding ahli perniagaan yang lain khas  untuk rakyat 1 Malaysia.

“Bukan hanya hiburan yang dapat diperoleh tetapi pengajaran-pengajaran dari mesej tertentu memberikan pedoman dan pegangan di dalam kehidupan,” tambahnya lagi yang juga pemilik jenama dR Rozmey.