DDR........usaha berbaloi

JITRA, 20 September – Sah! 18 November 2010 milik filem 2 Alam sepenuhnya selepas permohononan yang dilakukan mendapat kelulusan daripada pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menurut penerbit dR Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) segala usaha yang ditunjukkan oleh pihak produksi kini menampakkan hasil yang berbaloi.

“Walaupun berlaku penangguhan sebanyak tiga kali sebelum ini doktor berasa gembira kerana berkat kesabaran doktor selama ini dibalas dengan kejayaan,” katanya.

Beliau berkata lagi, Jawatankuasakuasa Skim Wajib Tayang bertarikh 26 Ogos 2010 telah meluluskan bahawa filem 2 Alam  telah ditetapkan sebagai suatu filem yang diluluskan di bawah Skim Wajib Tayang.

“Tayangan serentak akan dilakukan menerusi 83 panggung yang terdapat di semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pada 18 November 2010 ini.

“Filem yang mengembalikan era kegemilangan filem Melayu itu akan menapak selama 14 hari dipanggung utama bakal memberikan kejayaan yang luar biasa sekaligus melakar sejarah besar di dalam industri perfileman.

“Ini juga ada adalah berkat usaha doktor ketika mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan doktor bersyukur dengan rezki kurniaan Allah S.W.T,” katanya lagi ketika ditemui dipejabat beliau semalam.