DDR.......bijaksana

JITRA, 17 September –  Kejayaan seseorang individu dalam perniagaannya terletak kepada hasil kreativiti daya pemikirannya dalam melancarkan strategi untuk kebaikan sesebuah organisasi.

Di era globalisasi kini internet yang dikenali ramai tentang maklumat tanpa sempadan menjadi keutamaan kepada golongan yang menjalankan perniagaan untuk memajukan produk mereka dari semasa ke semasa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) kuasa ajaib disebalik kejayaannya ialah memanfaatkan teknologi yang diperkenalkan di era ini dengan sepenuhnya.

“Teknologi ini digunakan oleh DDR untuk memperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kehebatan pelbagai produk yang dihasilkan dan perkhidmatan dR Rozmey bagi membantu pengguna menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan,” katanya.

“ICT terbukti menjadi medan terbaik memasarkan jenama dR. Rozmey di kalangan pengguna dan kadar celik IT di negara ini turut meningkat berikutan usahawan HPM menjadikannya sebagai laman maya untuk memasarkan produk HPM,” kata usahawan berjaya itu.