DDR......idea minda positif

JITRA, 15 September – Dengan kejayaan yang diperoleh melalui pencetusan fenomena dR Rozmey Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) kini tampak gah dan berdiri kukuh yang popular dengan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5).

Walaupun memiliki bilangan seramai 300 orang pekerja tiada sebarang masalah yang berlaku malahan warga HPM dilihat selesa dibawah naungan dR Rozmey.

Menurut Pengurus Besar Herba Prima Marketing (HPM) Rafidah Radzi cara pentadbiran DDR yang dilakukan mengikut acuan dR Rozmey berbeza berbanding organisasi lain.

“Beliau begitu prihatin dan ambil berat terhadap kesemua warga HPM yang baginya merupakan tunjang demi membangunkan HPM,” katanya.

Beliau berkata lagi, semenjak HPM ditubuhkan beliau juga begitu yakin dan amat berpuas hati dengan hasil kerja yang dipertanggungjawabkan dan tidak pernah merungut dengan tenaga kerjanya.

“Jadi warga HPM bukan sahaja dapat menimba pengalaman kerja di syarikat ini malah mendapat keselesaan dengan cara kepimpinan yang dicipta oleh DDR selaras dengan konsep fenomena yang dicetuskan untuk kepentingan bersama ,” katanya ketika ditemubual.