JITRA, 15 September – Semakin hari semakin kurang masyarakat mengambil sikap sambil lewa terhadap masalah mata yang boleh menyebabkan buta.

Namun menyedari hakikat ini Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) telah menghasilkan satu lagi produk kesihtan yang membantu pengguna yang menghadapi masalah mata  dR8 yang dihasilkan dengan ramuan karotenoid merupakan amat penting untuk mata.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) mata bertindak terpilih dan memilih untuk meletakkan Zeaxanthin tepat ditengah makular, suatu kawasan yang paling penting untuk penglihatan pusat dan juga kawasan yang paling memerlukan perlindungan.

“Karotenoid berfungsi untuk melindungi mata daripada cahaya UV yang merosakkan. Bertindak sebagai penapis untuk menghadang cahaya biru yang berbahaya dan juga sebagai antioksidan,

Beliau berkata lagi, kedua-dua Lutein dan Zeaxanthin membantu mengurangkan risiko AMD dan katarak yang menjadi penyebab utama kebutaan global.

“Ianya juga bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kanta, retina dan makular daripada dirosakkan oleh radikal bebas akibat pendedahan kepada sinaran cahaya matahari, skrin komputer dan bentuk cahaya berbahaya,” kata pengasas produk HPM itu.