DDR...pencetus fenomena

JITRA, 14 September – Dengan fenomena yang dicetuskan oleh dR Movie Production dalam mempromosikan filem 2 Alam ini telah meyakinkan rakyat untuk memberikan kepercayaan terhadap Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, ini jelaslah terbukti ketika Konsert Mega Promo 2 Alam berjaya menghimpunkan 100,000 ribu penonton berserta dengan laungan “Kami percaya DDR!Kami percaya 2 Alam pecah panggung RM12 juta! April lalu”.

“Ini yang doktor janjikan menerusi fenomena dR Rozmey yang mampu mengubah dan menerapkan nilai-nilai murni terhadap penonton  untuk mentaat Allah serta stia kepada pemimpin,” katanya.

Katanya lagi, dengan terhasilnya fenomena dan kejayaan sebegini rupa sudah membuktikan dengan satu tujuan yang tidak mengira fahaman serta berkonsepkan 1 Malaysia menerusi hati yang luhur dan berkongsi manfaat kejayaan untuk bangsa dan negara.

“Jadi, bahang 18 November 2010 makin terasa dengan kehangatannya dan fenomena ini bakal memberikan sjuta keinsafan serta pengajaran yang amat bermakna sepanjang hayat,” kata penerbit dR Movie Production itu.