Datin Effa.......pnantian penuh bermakna

JITRA, 14 September – Kepulangan suami tercinta dinantikan dengan penuh kesabaran dan kerinduan dihatinya tidak tertanggung lagi.

Beginilah gambaran perasaan seorang isteri iaitu Datin Nurzuraifa Zulkifli terhadap suami tercinta Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut Datin Nurzuraifa, semenjak ketiadaan DDR disisi kerana menunaikan umrah beliau merasakan hidupnya seperti kesunyian.

“Tetapi kesunyian ini sedikit terubat dengan ditemani anak-anak tersayang  yang menjadi penyeri dan pelengkap hidup saya sepanjang ketiadaan suami,” katanya.

Katanya lagi, sifat penyayang yang dimiliki oleh doktor telah membuatkan kerinduan yang melanda hatinya tidak lagi tertanggung dan hampir setiap hari beliau menghitung hari menantikan kepulangan suami  yang dicintai.

“Jika ada kelapangan beliau akan menelefon bertanyakan khabar saya dan anak-anak serta memastikan segala kewajipan dan tanggungjawabnya tidak terabai.

“Kasih sayang yang dicurahkan amat berharga untuk saya, saya mendoakan kesejahteraan doktor disana dan berharap agar selamat tiba di tanah air. Mama dan anak-anak rindu dan sayangkan papa,” katanya lagi ketika ditemui disini.