DDR.lali dengan kritikan

JITRA, 9 September – Seseorang yang berkecimpung di dalam dunia bisnes sudah lali dengan kritikan dan cemuhan yang sering dilemparkan oleh masyarakat yang dianggap sebagai perkara biasa di dalam perniagaan.

Begitu juga dengan Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) pengasas produk pelangsingan Jus Mate 5 (JM5) dan penerbit filem 2 Alam yang sering menerima cemuhan dan kritikan dari masyarakat terhadap fenomena yang dicetuskan.

Menurut DDR sebagai seseorang ahli perniagaan yang professional seharusnya kita perlu memandang positif terhadap cemuhan dan kritikan yang diterima sebagai dorongan pembakar semangat untuk meniti kejayaan.

“Ini membolehkan perjalanan untuk menghasilkan kejayaan yang besar menjadi lancar dan tidak wujud sebarang masalah,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, sekira gejala sebegini tidak dapat ditangkis oleh sesiapa yang berkecimpung di dalam dunia bisnes maka ianya akan menyebabkan berlakunya kesulitan untuk memajukan dan meningkatkan prestasi mereka.

“Jadi strategi perlu dilancarkan untuk menepis segala cemuhan dan kritikan dari masyarakat dalam mewujudkan sesuatu kesedaran bahwa apa yang dipersembahkan adalah untuk kepentingan bersama,” tambahnya.