DDR....tidak kisah

JITRA, 9 September – Walaupun sudah mencipta pelbagai kejayaan dalam dunia perniagaan, Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) terus menerima komen negatif daripada individu yang tidak berpuas hati dengan beliau.

Menurut DDR, komen dan cemuhan negatif  ini adalah asam garam dalam perniagaan kerana bukan mudah untuk mendapat kepercayaan daripada orang ramai selepas berjaya dan mencipta nama.

“Ini berlaku terhadap fenomena filem 2 Alam yang menerima tamparan hebat daripada wartawan hiburan mengenai 2 Alam untuk pecah panggung RM20 juta malahan lebih daripada itu,” katanya

Beliau berkata lagi, sebagai usahawan berjaya, DDR hanya menganggap perkara ini adalah biasa kerana beliau tidak perlu membuang masa semata-mata untuk melayan kerenah individu yang tidak berpuas hati dengan kejayaan yang beliau miliki sekarang.

“Kini jelaslah terbukti, usaha dan pengorbanan yang dilakukan doktor tidak sia-sia kerana terus maju ke hadapan tanpa mempedulikan kata-kata ‘nakal’ daripada sesetengah pihak.

“Sehubungan itu juga doktor akan terus berusaha untuk meningkatkan perniagaannya disamping memikirkan strategi yang hebat untuk memperluaskan lagi perniagaan yang dimajukan beliau sekarang dengan memperkenalkan jenama dR Rozmey,” kata pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu.