DDR....stylo

JITRA, 8 September – Kini singgah sahaja di mana-mana warung kopi ataupun restoran sudah semestinya isu hangat yang menjadi perbualan masyarakat adalah mengenai fenomena dR Rozmey yang dicetuskan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR)akan anda dengari.

Bermulanya dari produk pelangsingan badan sehinggalah menghasilkan sebuah filem serta penampilan dirinya juga menjadi buah mulut masyarakat di seluruh tanahair.

Menurut DDR penampilan diri melambangkan personaliti seseorang samada ianya kearah kebaikan atau keburukan. Perkara sebegini amatlah penting terhadap individu yang berkerjaya dalam organisasi korporat dan juga dunia perniagaan.

“Jadi sebagai seseorang individu yang bergiat dalam dunia seni dan perniagaan doktor seharusnya tampak kemas dan bergaya supaya menghindarkan dari kritikan dan cemuhan yang dilemparkan,” katanya.

Katanya lagi, dengan berpenampilan yang kemas dan menarik persepsi utama khalAyak terhadap diri adalah kearah positif yang merupakan kepentingan dalam menceburi bidang perniagaan.

“Selain itu, jika kita kelihatan kemas dan bergaya ini akan menambahkan keselesaan dan keyakinan terhadap diri sendiri dan memudahkan kita untuk dengan pihak lain,” ujarnya lagi